©Copyrights : Kami 06™
 
Picture
Peraturan bilik darjah? Bila dengar perkataan PERATURAN, sebilangan murid akan merasa takut. Namun ada juga murid yang berpendapat, "Ala, buat apa ikut peraturan? Chill derr. Rules are made to be broken." 
Dalam tinta kali ini, kami akan membicarakan serba sedikit tentang peraturan bilik darjah. 

Tak kenal maka tak cinta. Jadi, sebelum kita pergi jauh, molek kiranya terlebih dahulu kita hadam maksud peraturan ni. =)

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.

Manakala menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2005), peraturan ialah segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb} dan harus diturut atau dipatuhi.

a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
  1. Pengurusan bilik drjah
  2. Harapan guru
  3. Objektif
  4. Aktiviti
  5. Peraturan
  6. Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara-perkara di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan bukan bertujuan menghukum sebaliknya untuk melicinkan PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku bermasalah.

b) Peranan Guru
  1. Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan. Guru yang hebat dan bijak akan menguruskan muridnya dengan baik demi mencapai hasil pembelajaran yang diingini
  2. Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Guru hendaklah membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. 
  3. Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. 
  4. Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah. Guru tidak boleh melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
  5. Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. 

c) Prinsip Membentuk Peraturan

Macam prinsip rukun negara pulak. Tetapi untuk membuat sesuatu peraturan, guru perlu mengikut prinsip tertentu. Antaranya :
  1. Munasabah mengikut tahap bilik darjah. Ikut kesesuaian umur murid
  2. Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami.
  3. Bermakna dan dipersetujui. Sebaiknya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi.
  4. Hadkan bilangan peraturan.
  5. Adil dan dan membantu proses pembelajaran.
  6. Selaras dengan peraturan sekolah.

d) Apakah langkah yang boleh dibuat oleh guru untuk memastikan murid mengikut peraturan yang telah dibuat?
Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik darjah. Tujuannya? Supaya senang untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok dan boleh dibaca dengan jelas.

e) Contoh Peraturan Bilik Darjah

peraturan_bilik_darjah.docx
File Size: 17 kb
File Type: docx
Download File

 
Picture
keyakinan berbicara, kepetahan berkata, contoh guru berwibawa
Picture
kami bakal murabbi, insyaAllah =)
Profesion keguruan ialah suatu pekerjaan yang penting dan diperlukan oleh masyarakat. Profesion keguruan bukan sekadar satu tugas, namun memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak untuk mecapai kemajuan dan menghadapi cabaran yang mendatang. 
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Picture
UAI pun cakap profesion guru ni penting taw.. =)
Semua orang boleh menjadi guru, tetapi tidak semua boleh menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif ialah guru yang dapat :
  • menguruskan bilik darjah dengan berkesan
  • membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa yang dipelajari dan melakukan yang terbaik
  • menggunakan masa p&p dengan efisien


Apakah ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah? Jawapannya : Terdapat tiga aspek untuk ciri-ciri guru efektif iaitu :

1. ASPEK KUALITI PERIBADI
- Guru yang bersemangat dan proaktif
- Guru yang sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid
- Guru yang peramah, mesra dan berusaha mengenali muridnya
- Guru yang memiliki perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan sifat kemanusiaan yang tinggi

2. ASPEK KOMPETENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- memahami objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian kurikulum
- memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam
- berusaha mempelajari perkara baharu
- berpengetahuan tentang subjek dan mengetahui topik yang sukar dan memerlukan masa yang lama serta perlu dijelaskan dengan ilustrasi dan contoh
- kemahiran memilih strategi dan kaedah
- mahir menggunakan teknik penyoalan 
- menggunakan kemahiran penilaian
- menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai
- merangka aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan sendiri

3. ASPEK PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI
- Tanggungjawab terhadap murid
- Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) - Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
 
Tajuk entri kali ini "Konsep Pengurusan Bilik Darjah". Asyik bilik darjah je kan? jom tukar.. Konsep Pengurusan Al-Fasl. Baru ada semangat sikit nak baca entri. =) Back to the topic.. Bismillahirrahmanirrahim.


Inginkan bilik darjah yang terurus? Here, we want to share some tips with you. (cehh speaking bagai..)


Sebenarnya ramai pendidik berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Namun setelah beberapa kajian dijalankan, pendidik mula sedar bahawa pengurusan bilik darjah dan pengajaran merupakan aspek yang berkait rapat. Nak bukti? Kajian menunjukkan pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Murid akan sukar belajar dalam keadaan yang tidak teratur.


Pengurusan bilik darjah yang teratur akan membantu mencapai matlamat seperti berikut : 

- menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
- membentuk suasana pembelajaran yang positif
- menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid        dan murid-murid
- menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
- meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
- mengurangkan masalah disiplin
- pengurusan rutin yang berkesan
- murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri


 
      Mungkin ramai yang tertanya akan apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan bilik darjah. Namun tanda tanya itu tidak akan terlerai tanpa adanya jawapan yang bernas. Disini, kami sediakan kepada anda semua definisi ataupun pandangan PBD menurut pakar pendidikan sebagai pembuka minda, permulaan selera serta ekstra pengetahuan. Dengan lafaz basmallah, jom baca dan hayati :)
 
Richards (1990) : 
PBD merupakan satu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semesa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Alberto & Troutman (1986) :
PBD didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Sanford J &, Emmer E. & Clemments. B :
PBD perlu dilihat sebagai bidang yang luas daripada hanya kawalan blik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang dilakukan seorang guru untuk menggalakkan penglibatan murid dan kerjasama dalam aktiviti   bilik darjah.

        Secara kesimpulannya, PBD adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap pendidik agar pembelajaran dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan pencapaian dapat ditingkatkan.
KANAK-KANAK ADALAH ANUGERAH TERBAIK DARI YANG MAHA ESA. DENGAN ITU, MARILAH KITA MENCORAKKAN MEREKA DENGAN PERKARA-PERKARA KEBAIKAN DAN MENJADIKAN MEREKA HARAPAN NEGARA DAN BANGSA.  - Ashikin (http://ashikcute.blogspot.com/)

    Kami 06

    Blog ini disempurnakan pada awal bulan mac. Pada mulanya ianya adalah satu tugasan/assignment kami yang berbentuk 'beyond' ke arah mentransformasikan bakal guru dalam bidang ICT. Namun pada jangka masa yang panjang, blog ini akan kami jadikan sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

    Archives

    March 2013

    Categories

    All

    Being a teacher means you need to be flexible..learn to act, learn to write, learn to march, learn to sing, learn to be creative and including learn to compose lyrics

    Sekiranya anda ingin membuka pautan video dalam blog ini, adalah dinasihatkan untuk anda menghentikan muzik tema blog kami untuk seketika. :)

 
semanis madu