©Copyrights : Kami 06™
 
Picture
Peraturan bilik darjah? Bila dengar perkataan PERATURAN, sebilangan murid akan merasa takut. Namun ada juga murid yang berpendapat, "Ala, buat apa ikut peraturan? Chill derr. Rules are made to be broken." 
Dalam tinta kali ini, kami akan membicarakan serba sedikit tentang peraturan bilik darjah. 

Tak kenal maka tak cinta. Jadi, sebelum kita pergi jauh, molek kiranya terlebih dahulu kita hadam maksud peraturan ni. =)

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.

Manakala menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2005), peraturan ialah segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb} dan harus diturut atau dipatuhi.

a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
  1. Pengurusan bilik drjah
  2. Harapan guru
  3. Objektif
  4. Aktiviti
  5. Peraturan
  6. Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara-perkara di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan bukan bertujuan menghukum sebaliknya untuk melicinkan PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku bermasalah.

b) Peranan Guru
  1. Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan. Guru yang hebat dan bijak akan menguruskan muridnya dengan baik demi mencapai hasil pembelajaran yang diingini
  2. Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Guru hendaklah membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. 
  3. Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. 
  4. Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah. Guru tidak boleh melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
  5. Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. 

c) Prinsip Membentuk Peraturan

Macam prinsip rukun negara pulak. Tetapi untuk membuat sesuatu peraturan, guru perlu mengikut prinsip tertentu. Antaranya :
  1. Munasabah mengikut tahap bilik darjah. Ikut kesesuaian umur murid
  2. Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami.
  3. Bermakna dan dipersetujui. Sebaiknya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi.
  4. Hadkan bilangan peraturan.
  5. Adil dan dan membantu proses pembelajaran.
  6. Selaras dengan peraturan sekolah.

d) Apakah langkah yang boleh dibuat oleh guru untuk memastikan murid mengikut peraturan yang telah dibuat?
Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik darjah. Tujuannya? Supaya senang untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok dan boleh dibaca dengan jelas.

e) Contoh Peraturan Bilik Darjah

peraturan_bilik_darjah.docx
File Size: 17 kb
File Type: docx
Download File




Leave a Reply.

    Kami 06

    Blog ini disempurnakan pada awal bulan mac. Pada mulanya ianya adalah satu tugasan/assignment kami yang berbentuk 'beyond' ke arah mentransformasikan bakal guru dalam bidang ICT. Namun pada jangka masa yang panjang, blog ini akan kami jadikan sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

    Archives

    March 2013

    Categories

    All

    Being a teacher means you need to be flexible..learn to act, learn to write, learn to march, learn to sing, learn to be creative and including learn to compose lyrics

    Sekiranya anda ingin membuka pautan video dalam blog ini, adalah dinasihatkan untuk anda menghentikan muzik tema blog kami untuk seketika. :)

 
semanis madu