©Copyrights : Kami 06™
 
Picture
keyakinan berbicara, kepetahan berkata, contoh guru berwibawa
Picture
kami bakal murabbi, insyaAllah =)
Profesion keguruan ialah suatu pekerjaan yang penting dan diperlukan oleh masyarakat. Profesion keguruan bukan sekadar satu tugas, namun memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak untuk mecapai kemajuan dan menghadapi cabaran yang mendatang. 
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Picture
UAI pun cakap profesion guru ni penting taw.. =)
Semua orang boleh menjadi guru, tetapi tidak semua boleh menjadi guru yang efektif. Guru yang efektif ialah guru yang dapat :
  • menguruskan bilik darjah dengan berkesan
  • membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa yang dipelajari dan melakukan yang terbaik
  • menggunakan masa p&p dengan efisien


Apakah ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah? Jawapannya : Terdapat tiga aspek untuk ciri-ciri guru efektif iaitu :

1. ASPEK KUALITI PERIBADI
- Guru yang bersemangat dan proaktif
- Guru yang sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid
- Guru yang peramah, mesra dan berusaha mengenali muridnya
- Guru yang memiliki perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan sifat kemanusiaan yang tinggi

2. ASPEK KOMPETENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- memahami objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian kurikulum
- memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam
- berusaha mempelajari perkara baharu
- berpengetahuan tentang subjek dan mengetahui topik yang sukar dan memerlukan masa yang lama serta perlu dijelaskan dengan ilustrasi dan contoh
- kemahiran memilih strategi dan kaedah
- mahir menggunakan teknik penyoalan 
- menggunakan kemahiran penilaian
- menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai
- merangka aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan sendiri

3. ASPEK PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI
- Tanggungjawab terhadap murid
- Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) - Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
shimfin
3/12/2013 11:45:09 am

creatif dalam mengadun maklumat, grafik dan humor

Reply
niezam
3/13/2013 11:55:15 pm

menarik..bleh dkongsi bsma :)

Reply



Leave a Reply.

    Kami 06

    Blog ini disempurnakan pada awal bulan mac. Pada mulanya ianya adalah satu tugasan/assignment kami yang berbentuk 'beyond' ke arah mentransformasikan bakal guru dalam bidang ICT. Namun pada jangka masa yang panjang, blog ini akan kami jadikan sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

    Archives

    March 2013

    Categories

    All

    Being a teacher means you need to be flexible..learn to act, learn to write, learn to march, learn to sing, learn to be creative and including learn to compose lyrics

    Sekiranya anda ingin membuka pautan video dalam blog ini, adalah dinasihatkan untuk anda menghentikan muzik tema blog kami untuk seketika. :)

 
semanis madu