©Copyrights : Kami 06™
 
Tajuk entri kali ini "Konsep Pengurusan Bilik Darjah". Asyik bilik darjah je kan? jom tukar.. Konsep Pengurusan Al-Fasl. Baru ada semangat sikit nak baca entri. =) Back to the topic.. Bismillahirrahmanirrahim.


Inginkan bilik darjah yang terurus? Here, we want to share some tips with you. (cehh speaking bagai..)


Sebenarnya ramai pendidik berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Namun setelah beberapa kajian dijalankan, pendidik mula sedar bahawa pengurusan bilik darjah dan pengajaran merupakan aspek yang berkait rapat. Nak bukti? Kajian menunjukkan pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Murid akan sukar belajar dalam keadaan yang tidak teratur.


Pengurusan bilik darjah yang teratur akan membantu mencapai matlamat seperti berikut : 

- menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
- membentuk suasana pembelajaran yang positif
- menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid        dan murid-murid
- menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
- meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
- mengurangkan masalah disiplin
- pengurusan rutin yang berkesan
- murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Menurut Jacob Kounin (1970), bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. 
Pendekatan tradisional yang digunakan dalam menguruskan bilik darjah lebih berorientasikan kawalan, iaitu kaedah modifikasi tingkah laku. Melalui pendekatan ini guru akan mengambil tindakan selepas murid melakukan sesuatu masalah. 

Pendekatan moden pula lebih bersifat holistik di mana pendekatan ini lebih terarah kepada pencegahan, iaitu perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku. Pendekatan ini memerlukan guru mempunyai kemahiran dan kemampuan yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah. 

Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah perancangan yang rapi. Guru juga perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka serta membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan. Selain itu guru juga perlu memberi perhatian kepada hubungan dengan murid di samping mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid

  • PENGETAHUAN TENTANG KEPERLUAN MURID-MURID

Menurut Abraham Maslow, keperluan murid terbahagi kepada dua iaitu keperluan fisiologi dan psikologi. Keperluan fisiologi merangkumi keperluan makan, rehat, udara, pembuangan kotoran dan kejantinaan. Keperluan psikologi pula ialah keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik. 

Selain itu murid juga mempunyai keperluan akademik iaitu keperluan untuk :
- memahami objektif pengajaran
- melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
- berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
- pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat
- masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
- pengalaman kejayaan
- maklum balas yang jelas dan realistik

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH

Merancang -----> Mengelola -----> Mengawal -----> Membuat refleksi
 ------> Menjalin hubungan guru-murid

Sekian untuk entri kali ini. Bertemu di entri seterusnya di lain masa. Take a break. (",)(,") Wassalam.
Beta Blur
3/9/2013 10:54:00 pm

klw tulisan tu diwarnakan point2 nyer ..lagi ok kot...

Reply
miera
3/9/2013 11:36:10 pm

tq atas komen yang membina.. insyaAllah akan diusahakan.. =)

Reply
Are-tol
3/9/2013 11:07:29 pm

Menarik. Lengkap dengan maklumat. =)

Reply
miera
3/9/2013 11:37:03 pm

tq.. terharu.. berderai air mata ni.. haha. =)

Reply
syasya young
3/10/2013 12:45:10 am

nice input. :) very useful.

Reply



Leave a Reply.

    Kami 06

    Blog ini disempurnakan pada awal bulan mac. Pada mulanya ianya adalah satu tugasan/assignment kami yang berbentuk 'beyond' ke arah mentransformasikan bakal guru dalam bidang ICT. Namun pada jangka masa yang panjang, blog ini akan kami jadikan sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

    Archives

    March 2013

    Categories

    All

    Being a teacher means you need to be flexible..learn to act, learn to write, learn to march, learn to sing, learn to be creative and including learn to compose lyrics

    Sekiranya anda ingin membuka pautan video dalam blog ini, adalah dinasihatkan untuk anda menghentikan muzik tema blog kami untuk seketika. :)

 
semanis madu